kLik SiNi sAyA SuKe

Tuesday, October 11, 2011

Comes without a word, go without saying

My heart still beats
My life still goes on
I am still alive till now
I am so pressure
Try to look beside
Just to find
Which side can make me feel calms
But everything just blur as heavy rain
There is no cure
It is so pain
So deeply in my chest
Meantime’s I just thinking
When will I came back to YOU…
There is no one
No one that I can share the story
Everyday….
I just like a heavy rain
Maybe…
Somedays…
I will have guts to run
Run far away from everything………………………………………..

Thursday, May 19, 2011

Berehat

Hai kepada semua blogger yang terjah blog freesia. Freesia nak sampaikan satu berita sedih. Freesia tak dapat nak berblog buat sementara waktu dan mungkin dalam jangka masa yang panjang. Terpaksalah freesia berehat dari berblog. Bukan sebab merajuk, atau bawa diri atau apa. Tapi atas urusan kerja yang tak dapat dielakkan. Freesia akan kembali sesegera mungkin. Maaflah andai blog freesia ni bakal sunyi buat sementara waktu. Harap semua blogger ceria selalu. 





p/s: peace, no war.hehe. 

Wednesday, May 11, 2011

Aurora

aurora



Cahayamu menyinar cantik. Tapi hanya terbit di bahagian kutub. Wujudmu dari elektron yang mempunyai tenaga, berlanggar dengan atom di ionosfera berserta dengan pancaran oksigen atom dan ditambah dengan molekul nitrogen yang mendedahkan sifat dinamikmu. Alangkah  beruntungnya kalau sinar cahayamu dapat ku lihat. 

Semalam freesia tengok satu filem, yang ada kaitan dengan aurora. Dalam filem tu, pada tahun 1969, telah wujud satu cahaya yang dipanggil cahaya aurora di tempat mereka dan mereka cuba mengkaji sifat cahaya aurora tersebut. Cahaya aurora tersebut muncul kembali pada tahun 1999 iaitu 30 tahun selepas kemunculannya pada tahun 1969. Nak dijadikan cerita, cahaya aurora telah menghubungkan anak pada masa hadapan tahun (1999) dengan ayahnya pada masa lampau (1969) yang pada masa hadapan, ayahnya telah meninggal dunia 30 tahun lepas iaitu pada tahun 1969. Pada mulanya si ayah tak percaya dengan kata-kata anaknya bahawa dia adalah anaknya pada masa hadapan. Akhirnya si ayah percaya dan mereka telah mengubah perjalanan hidup mereka. Disebabkan mereka telah mengubah sejarah hidup mereka, berlakulah perkara yang tidak disangka-sangka iaitu si mak pula mati dibunuh. Si anak terkejut dan berusaha mengubah sejarah hidupnya lagi dengan meminta bantuan si ayah pada masa lampau agar mak nya tidak mati dibunuh. Macam-macam halangan dan dugaan mereka terpaksa tempuhi. Dan akhirnya, satu penamat yang bahagia telah mereka capai. 





*p/s: terimalah qada’ dan qadar yang Allah tetapkan dengan redha. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

Wednesday, May 4, 2011

kemalangan

ni kereta saga BLM mangsa


Entry kali ni pasal kemalangan yang berlaku dekat kampung freesia. Kejadian ni terjadi tengah hari tadi lingkungan pukul 1 hingga 2 petang. Sungguh dahsyat. Mangsa kemalangan tersebut seorang wanita dan tiga orang kanak-kanak. Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kereta kancil dihadapannya yang tiba-tiba buat U-turn lalu merempuh lori yang 'parking' tepi jalan. Tengok gambar kat atas tentu tak dapat digambarkan keadaan diorang kan.


*Moral of the story: berhati-hati di jalan raya. walaupun kekadang kita yang berwaspada tapi orang lain yang tak berwaspada. Jadi kita kena ambil tindakan bijak dan jangan panik.

Monday, May 2, 2011

bila....

sekeping hatiku untukmu



Bila ku sihat….
Ku mahu melihat wajahmu
Setiap detik akan ku habiskan bersamamu
Mengumpul segala kenangan indah bersamamu
Akan ku tunaikan segala permintaanmu
Secebis kasih dan sayang yang kau berikan cukup mengembirakan hatiku
Secalit kegembiraan yang kau berikan pada ku dapat membahagiakan hidupku
Ku sayangkan insan yang menyayangi diriku
Takkan ku lupa jua untuk beribadat kepada yang satu
Dan menunaikan hajatku untuk melihat kaabah selagi hayatku dikandung badan


Bila ku sakit….
Biarlah hanya ku seorang yang merasainya
Maafkan diriku andai ku diamkan darimu
Ku tak ingin melihat kau bersedih atas kesakitanku
Kerana melihat kau bersedih membuatkan ku turut bersedih
Jiwaku lemah bila melihat kau lemah
Bantulah aku menjadi seorang yang tabah tatkala ku perlukan semangat darimu
Bantulah diriku ini untuk menghadapi hari yang mendatang


Bila ku pergi….
Janganlah kau bersedih atas pemergianku
Janganlah kau tangisi ketiadaanku
Relakanlah permergianku
Cukuplah andai kau sedekahkan al-Fatihah
Dan bacaan yasin buatku
Kerana setiap yang hidup pasti akan kembali kepada yang satu
Itulah lumrah kehidupan di dunia sementara ini
Ingatlah bahawa ku sentiasa menyayangi dirimu sepanjang hayatku

Saturday, April 30, 2011

1...2...3...

keriangan



kali ini freesia nak buat entry santai je...tentu ada yang tertanya-tanya kenapa dengan angka-angka 1 2 3 kan?  1 2 3 tu stand for the 3 days cuti hujung minggu ni...freesia tak tahu nak isi cuti ni dengan apa...freesia terasa seperti ingin pergi makan angin....dan tak nak dihubungi oleh sesiapa pun...dan tak nak ingat kat sapa-sapa pun...hanya nak hirup udara segar dan enjoy with the life....dan nak lupakan semua masalah....dan freesia lebih suka menikmati keindahan alam, melihat gelak tawa orang di sekeliling berbanding menghabiskan masa melepak di shopping kompleks...agaknya apa yang bloggers lain buat ya weekend ni?....well, hope semua bloggers enjoy their weekend...




p/s: sorry kali ni freesia buat entry ntah apa-apa....smile always =)

Thursday, April 28, 2011

jiwa kosong

jiwa yang sunyi
Google Image

Jari ingin menari-nari  dipapan kekunci laptop
Cuba mencari-cari huruf apa yang ingin dicerobohi
Detik demi detik jarum bergerak
Namun tiada apa yang terbit di akal
Jiwa sunyi
Hati kosong
Hanya ini yang mampu tuan tanah coretkan






p/s: ingin mencari sesuatu yang telah hilang

Wednesday, April 27, 2011

selamat tinggal sayang


terbang
Google Image

selamat tinggal sayang....
satu ungkapan yang terpaksa ku luahkan....
jari-jemariku menari di papan telefon bimbitku...
menyatakan ku terpaksa pergi meninggalkanmu...
hatiku sayu...langkahku longlai....

sayang....
terlalu sekejap kau dan aku bersua...
rinduku padamu masih belum terbalas...
ku nantikan kepulanganmu sebelumku berpisah denganmu....

sayang....
jiwaku tersentuh tatkala melihatmu, ku nampak airmatamu...
hatiku sedih....
satu ungkapan yang takkan ku lupakan sayang...
'jangan pergi sayang, jangan tinggalkan abang, abang berat ingin melepaskanmu'
tapi apakan dayaku ku terpaksa...
membawa diriku nun jauh darimu...
relakan pemergianku...
restuilah langkahku...
akanku kembali kepada dirimu...
nantikan kepulanganku sayang...
sesungguhnya ku amat merindui dirimu....

Tuesday, April 19, 2011

Antara cinta dan kasih sayang

kasih sayang yang wujud antara ibu dan anak
Google Images


Kasih sayang
Perasaan yang wujud tanpa ku sedari
Bila dia menangis, ku turut sama menangis
Bila dia gembira, ku turut sama gembira
Ku turut segala kata-katanya tanpa membantah
Berbagai cara ku usahakan demi membahagiakan dirinya
Betapa sayangnya aku akan dirinya
Tetapi adakah dia turut kasih dan sayang terhadap diriku ini 
sebanyak mana kasih dan sayangku terhadap dirinya?


cinta menyatukan dua hati
Google Images

Cinta
Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta?
Satu perasaan yang begitu indah yang sering membuatkan diriku berada di dalam khayalanku sendiri
Khayalan dimana wujudnya diriku dan dirinya
Tanpa bayang kelibatnya ku jadi rindu
Tanpa riuh rendah suaranya ku jadi gelisah
Tanpa pesanan ringkas darinya ku bagaikan hilang arah
Jiwaku resah. Hatiku parah.
Inginku berjumpa dengannya tanpa rasa jemu
Inginku lemparkan kata-kataku betapa kucintakan dirinya
Argh. Inikah dinamakan cinta? Adakah cinta ini akan menyatukan diriku dan dirinya?
Persoalan yang sering kali bermain dibenakku
Tak semua cinta itu indah, dan tak semua cinta itu menyakitkan
Tapi cinta pada yang satu itu kekal abadi.

Saturday, April 9, 2011

Penat

Jalan Berliku
Google Images
Selangkah demi selangkah ku berjalan.  Dengan perlahan-lahan ku cuba untuk berlari. Ku kayuh tenagaku dengan sepenuh hati. Berliku-liku jalan ku redahi. Ku cuba gapai matlamat ku nun jauh disana. Ku berpaut di sana sini demi mencapai sebuah matlamat. Dan akhirnya, di dalam genggaman ku, ku memegang erat sebuah harapan. Ya, aku yakin aku akan berjaya. 

Wednesday, April 6, 2011

Masa

Jarum bergerak dari satu tangga ke tangga yang lain tanpa ku pinta. Masa tetap berdetik tanpa henti tanpa ku rela. Ku harapkan masa terhenti buat seketika. Tapi itu mustahil. Ku nantikan sesuatu. Ku harapkan sesuatu. Hatiku menangis hiba kerana ia tak muncul tiba.

Tuesday, April 5, 2011

Dilema

Ibarat dua persimpangan jalan yang sukar dipilih. Hati gundah gulana. Kepala mula berserabut. Bagaikan tiada kata putus dapat dimeterai.

Senyum

Senyuman yang manis boleh membuatkan orang suka dengan kita. Senyuman yang menawan boleh buatkan orang tertarik pada kita. Senyuman tidak ikhlas hanyalah lakonan semata-mata. Senyuman yang masam membuatkan orang menjauhi kita. Jadi, berikanlah senyuman yang ikhlas dan senyum selalu.

Corak dan warna

Hidup penuh dengan corak dan warna. Bergantung pada kita bagaimana kita mencorak dan mewarnakannya. Sedikit demi sedikit corak dan warna yang ku inginkan menghiasi hidupku.

Monday, April 4, 2011

Permulaan

Salam perkenalan untuk semua.

Kali pertama mencipta dunia blog. Terlalu banyak ranjau dan onak duri perlu ditempuhi ditambah dengan si penulis tidak berpengalaman dalam dunia blog. Dan akhirnya, terhasil la blog FrEeSiA gErBerA. Tentu semua blogger mempunyai pengalaman yang sama kan.

Sudi-sudilah terjah dan mencoret di dunia blog FrEeSiA gErBerA.

~smile always~