kLik SiNi sAyA SuKe

Tuesday, April 19, 2011

Antara cinta dan kasih sayang

kasih sayang yang wujud antara ibu dan anak
Google Images


Kasih sayang
Perasaan yang wujud tanpa ku sedari
Bila dia menangis, ku turut sama menangis
Bila dia gembira, ku turut sama gembira
Ku turut segala kata-katanya tanpa membantah
Berbagai cara ku usahakan demi membahagiakan dirinya
Betapa sayangnya aku akan dirinya
Tetapi adakah dia turut kasih dan sayang terhadap diriku ini 
sebanyak mana kasih dan sayangku terhadap dirinya?


cinta menyatukan dua hati
Google Images

Cinta
Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta?
Satu perasaan yang begitu indah yang sering membuatkan diriku berada di dalam khayalanku sendiri
Khayalan dimana wujudnya diriku dan dirinya
Tanpa bayang kelibatnya ku jadi rindu
Tanpa riuh rendah suaranya ku jadi gelisah
Tanpa pesanan ringkas darinya ku bagaikan hilang arah
Jiwaku resah. Hatiku parah.
Inginku berjumpa dengannya tanpa rasa jemu
Inginku lemparkan kata-kataku betapa kucintakan dirinya
Argh. Inikah dinamakan cinta? Adakah cinta ini akan menyatukan diriku dan dirinya?
Persoalan yang sering kali bermain dibenakku
Tak semua cinta itu indah, dan tak semua cinta itu menyakitkan
Tapi cinta pada yang satu itu kekal abadi.

10 comments:

AkuMuzikFilem said...

wow. entri bunga-bunga.

kasih ibu tak terbalas, yang membeza cara anak membalas ialah didikaa kita sedari kecil, kasih sayang membabi buta juga tak kena

cintalah namanya itu kalau dah macam tu=)

zora said...

pehhh..jiwang nye....sngat mnyetuh perasaa.acececeh..btw nice entri ni..:P

cpahniza said...

jiwang karat...dlm hati ada tmn bunga eh...=p

Qaseh dalia adelia said...

orang yang bercinta hanya dapat merasa apa itu cinta tapi tak pandai mendifinisikan apa itu sebenarnya cinta ..

alexa yussida said...

baru tahu yg freesia n gerbera tu nama bunga..hehe tak arif pasal bunga bunga..tp nama tu unik:)

AkuMuzikFilem said...

unik kan? ingatkan apa, terbayang perkataan menggeleber. hikhik

zulhusnie mahadi said...

cinta bukan hanya pada manusia.
kerna cinta juga kita kenal pada Pencipta...^_^

apik pehe said...

huhu..apik nak dua2..

FreESiAgErBeRa said...

- AkuMuzikFilem -

kasih ibu memang tak terbalas. kepayahan ibu melahirkan,membesarkan dan mendidik kita perlulah kita kenang. andai diberi peluang, balaslah jasa mereka =)


- zora -

haha...thanks zora...



- cpahniza -

taman bunga yang segar dengan bunga-bunga cuba untuk tak layu....



- Qaseh dalia adelia -

aah...betul tu..cinta hadir tanpa kita sedar...dan kita akan tahu tu cinta bila dia tiada di sisi kita...

FreESiAgErBeRa said...

- alexa yussida -

aah,nama bunga...carilah dalam internet bunga tu jenis macam mana...karektor dia...hehe...


- akumuzikfilem -

unik ke? biasa je kot...saya suka bunga...leh la bagi saya roses...hehe


- zulhusnie mahadi -

betul tu...sebab cinta kita kenal pada pencipta...kenalah kita sentiasa ingat padanya...


- apik pehe -

freesia pun nak dua-dua...hehe