kLik SiNi sAyA SuKe

Monday, May 2, 2011

bila....

sekeping hatiku untukmu



Bila ku sihat….
Ku mahu melihat wajahmu
Setiap detik akan ku habiskan bersamamu
Mengumpul segala kenangan indah bersamamu
Akan ku tunaikan segala permintaanmu
Secebis kasih dan sayang yang kau berikan cukup mengembirakan hatiku
Secalit kegembiraan yang kau berikan pada ku dapat membahagiakan hidupku
Ku sayangkan insan yang menyayangi diriku
Takkan ku lupa jua untuk beribadat kepada yang satu
Dan menunaikan hajatku untuk melihat kaabah selagi hayatku dikandung badan


Bila ku sakit….
Biarlah hanya ku seorang yang merasainya
Maafkan diriku andai ku diamkan darimu
Ku tak ingin melihat kau bersedih atas kesakitanku
Kerana melihat kau bersedih membuatkan ku turut bersedih
Jiwaku lemah bila melihat kau lemah
Bantulah aku menjadi seorang yang tabah tatkala ku perlukan semangat darimu
Bantulah diriku ini untuk menghadapi hari yang mendatang


Bila ku pergi….
Janganlah kau bersedih atas pemergianku
Janganlah kau tangisi ketiadaanku
Relakanlah permergianku
Cukuplah andai kau sedekahkan al-Fatihah
Dan bacaan yasin buatku
Kerana setiap yang hidup pasti akan kembali kepada yang satu
Itulah lumrah kehidupan di dunia sementara ini
Ingatlah bahawa ku sentiasa menyayangi dirimu sepanjang hayatku

15 comments:

AkuMuzikFilem said...

ya, pasti yang menyayangimu akan membantu dan membelai. jangan fikir tiada yang akan menangisimu.

ghost writer said...

maka kecapi kebahagiaan selagi kau masih punya kesempatan.

ChaCha said...

selagi mampu, jalankan hidup dengan penuh keceriaan. apa yang terjadi hanya maha Esa yang pasti ngerti.

hantu said...

nape sedih2 entry ni?

Sorry to say.. said...

dia ni memang entri sedih memanjang=p.

FreESiA said...

- AkuMuzikFilem -

tiada guna menangisi lebih baik sedekahkan al-Fatihah.



- ghostwriter -

terima kasih. akan ku kecapi sebelum terlambat.



- chacha -

kerana dia yang menentukan segalanya bagi kita dan kita hanya mampu berusaha.



- hantu -

haha. saja nukilan kan entry sedih. nanti entry yang gembira menyusul =)



- sorry to say -

saja nukilan kan entry sedih sebab si jantung hati sentiasa lupakan freesia dan lebih suka bermesra dengan other girls. hanya si putera jadi pengubat di jiwa. sedih kan. huhu.

::yartHaryati:: said...

ingatla bahwa aku sentiasa syg kamu spnjg hayatku...
nice entry freesia..xmoh sedih2 yaa=)

FreESiA said...

hehe. sayang kamu juga yartharyati =)

KHRLHSYM said...

sayang itu cukup abstrak. perkataannya sahaja sudah cukup subjektif.

Khairul Antasha said...

hai sayang... :)

AkuMuzikFilem said...

menangisi itu pasti sekali disertakan fatihah, apa mampu untuk menahan tangisan pemergian insan tersayang?

FreESiA said...

- KHRLHSYM -

betul tu.



- khairul antasha -

hai. sayang kamu =)



- akumuzikfilem -

aah. betul tu. andai tu terjadi dalam hidup freesia, freesia pun tak mampu untuk tidak menangisi pemergiannya.

Diyana said...

semoga si dia akan memahami .

cpahniza said...

nice entry babe...sujudlah pd Dia kerna hnya Dia lah yg memahami kita...

FreESiA said...

- Diyana -

=)



- cpahniza -

betul tu. janganlah kita mudah lupa pada yang satu =)